Membaikpulih Bangunan/ Pejabat/ Kediaman/ Persekitaran
Kerja-kerja kami meliputi baikpulih kerosakan dan menambahbaik, menyambung dan menggantikan struktuk luar dan dalam termasuk kawasan persekitaran seperti taman dan saliran.
Mengubahsuai (Renovation) Pejabat/ Kediaman
Kami mempunyai pengalaman pelbagai jenis ubahsuai samada dalam atau luaran termasuk bumbung dan basement. Dengan tenaga pekerja yang mahir kami mampu memberikan kemasan yang memuaskan.
Pendawaian Elektrik dan Penghawa Dingin (Air- Condition Services)
Kerja-kerja termasuk pemasangan meter TNB dan switch board serta perkakasan alat elektrik. Kami mempunyai tenaga kerja yang bertauliah dan berpengalaman.
Pemasangan Gate, Awning, Grill, dan Struktur Besi (Khemah dan Pentas)
Kami membuat dan memasang samada siap atau boleh ditempah mengikut saiz termasuk pemasangan pagar automatik dan mengecat semula.
Pemasangan dan Tempahan Perabot, Kabinet Dapur, Perabot Pejabat/ Kediaman
Kami mempunyai bengkel perabot yang menawarkan harga tempahan kilang yang rendah dan mengikut saiz serta citarasa pengguna.
Pemasangan dan penyelenggaraan CCTV, Kabel Internet dan Telefon Pejabat/ Kediaman
Kerja - kerja merangkumi cctv indoor dan outdoor, pemasangan kabel bawah tanah serta rangkaian telefon pejabat.